Wednesday, August 12, 2009

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia...13/08/2009

Al - fatihah buat Ustaz Asri yang meniggal dunia pada hari ini...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...amin...Aku diberitahu oleh kawan ku shafinaz...so aku pun cari le berita tu kat internet...so jumpalah kat murai.com...

Teks oleh Ellyna AliKUALA LUMPUR, 13 OGOS 2009: Penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.Menurut rakannya, Farihin Abdul Fatah, Allahyarham meninggal dunia selepas jatuh pengsan ketika memberikan ucapan dalam sidang media program Syahadah di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM), kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.Selain seorang penyanyi nasyid, Asri juga seorang pendakwah, bilal dan kerap menjadi imam dalam pelbagai program bercorak ibadah kerana pengetahuan agama dan kelunakan suaranya itu. Beliau dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor juga dan baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-40 minggu lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.